Wednesday 6 February 2013

Wednesday Teaser

Assalamualaikum and bonjour :)

Due to my addiction and craziness on writing..I had write a novel 
Presenting to you the first part of it..
For those who enjoy and like it..thank you..
For those who thinks that my novel is not that interesting, feel free to leave any comments :)

Prolog

Zikri : Sampai bila-bila aku bersumpah aku akan hantui hidup kau, Aliyah Hidayu. Kalau aku tak boleh memiliki kau. Siapa-siapa pun tak boleh dapat kau. Kau miliku dan akan aku pastikan ia kekal sebegitu walaupun nyawa kau menjadi taruhan. Aku bersumpah akan aku hapuskan segala senyum tawa kau hingga kau tak kenal lagi erti bahagia.

Aniq: Inilah cinta dari mata turun ke hati. Cinta pandang pertama. Walaupun perwatakan kau tak selari dengan namamu yang indah tapi itu sudah cukup untuk membuatku terpana. Kau wanita pertama yang telah mencuri hatiku tanpa perlu kau menggedik tak menentu hala. Kau, kisah pertamaku dan kau lah pengakhiranku. Sehingga nafasku yang terakhir, cintaku tetap untukmu.

Suffiyan : Kasih abang Yan pada Ayu akan kekal sebagai abang dan adik. Allah penentu segalanya. Abang harus akur dengan suratan takdir. Jika diberi pilihan pasti Ayu disunting menjadi isteri abang. Apa pun yang berlaku dan akan datang, abang tidak akan sesekali meninggalkan Ayu. Ayu lah segalanya. Abang sayangkan Ayu.

Ayu : Kenapa begini nasib hidup aku. Dari lahir sampai saat ini susah sangat ke untuk aku fahami erti bahagia. Ya Allah, kau berilah aku kekuatan untuk menempuh segala takdir yang kau tetapkan. Ikhlaskanlah hati ku untuk terima semua ini. Aku merayu padamu ya Allah.

Bab 1
15 tahun yang lalu…
            
Sesekali angin laut yang datang menderu bersama desiran ombak yang memnghempas pantai memberi sejuta nikmat yang tidak terperi. Syukur Alhamdulillah, aku masih lagi mampu bernafas dan menikmati keindahan dunia ciptaanmu ya Allah. Haji Taib mengurut lembut janggut yang sejemput. Dia merenung jauh ke arah lautan yang luas terbentang di depan matanya. Kalau dulu dia bersusah payah dengan isterinya membangunkan resort ini tapi kini dia mampu hidup selesa. Bukan itu yang membanggakan hati kecilnya tapi peluang pekerjaan yang ditawarkan untuk orang kampong membuatkan hatinya lapang. Sedikit sebanyak dapatlah mengurangkan beban orang-orang kampong.
          
  “Menung jauh nampak. Abang ingat pada siapa tu?”
           
Pertanyaan dari Hajah Kamariah membuatkanya tersentak. Sekilas ditoleh ke arah isterinya yang datang membawa kopi panas dan jemput-jemput gagau. Dia mengucapkan syukur sekali lagi kerana dikurniakan isteri yang baginya sudah lebih dari sempurna. “Abang cuma terfikir tiba-tiba nak kahwin lagi satu. Kama setuju ke kalau bermadu?” tangannya mencapai sebiji jemput-jemput, sempat dikerling wajah isteri tercinta. Hajah Kamariah nampak tenang dan bersahaja. Dia memang arif benar perangai isterinya yang jarang sekali melatah. Itulah yang menyenangkan hatinya.
            
“Terpulang. Abang mampu kan dari segala segi. Tak ada sebab yang kukuh jadi penghalang. Cuma Kama nak pesan, nanti dah ada yang baru, jangan lalai tanggungjawab. Itu je.” Hajah Kamariah ikhlas menuturkan itu semua. Dah tua-tua macam ni nak ambil hati, nak merajuk, macam tak kena sahaja rasanya. Baiklah dia menumpukan perhatian pada amal ibadah, menguruskan suami dengan sebaiknya, ada lah juga faedahnya.
           
Haji Taib tersenyum panjang. Dicapai tangan Hajah Kamariah dengan lembut. Di usia sebegini pun dia masih mengamalkan sikap romantis. Dia sangat percaya itulah penambah seri hubungan mereka suami isteri. “Abang tak akan menduakan Kama. Pengorbanan dan kasih sayang Kama pada abang dah cukup, lebih dari cukup. Untuk apa ada yang kedua ketiga. Buat pening kepala je nanti. Abang minta maaf ye. Abang bergurau je tadi. Tak ada niat sikit pun. “
           
Hajah Kamariah memandang dalam raut wajah suaminya. 29 tahun hidup bersama sudah cukup untuk Hajah Kamariah kenal isi hati suaminya. Dia tahu suaminya itu hanya sekadar bergurau, sekadar menduga tapi kalau memang betul Haji Taib ingin bernikah lagi satu, dia ikhlas memberi keizinan. Apa sahaja yang membahagiakan suaminya itulah juga punca kebahagian hidupnya.
           
Sebuah kereta Mercedes meluncur laju masuk ke perkarangan rumah mereka. Haji Taib dan Hajah Kamariah saling berpandangan. Mereka kenal benar tuan empunya kereta mewah itu. Milik menantu mereka yang tinggal di Kuala Lumpur. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba muncul. Pemandu kereta itu menunduk hormat kepada mereka sebelum membuka pintu belakang. Seorang wanita keluar sambil mengendong seorang bayi.
           
“Assalamualaikum mak, abah. “ wanita itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Wajahnya pucat melihatkan espresi wajah Haji Taib yang berubah tegang melihat kehadirannya dan bayi dikendongannya.
            
“Waalaikummusalam Kamalia. Bila pula kamu mengandung? Beranak pun mak tak tahu. Tiba-tiba muncul je ni. Kenapa? “ Hajah Kamariah mengambil bayi dari pegangan Kamalia. Satu-satunya anak yang dia miliki. Kecil hatinya sejak Kamalia berumah tangga, langsung hilang rasa hormat dan tata tertib pada orang tuanya. Sampaikan anak tunggalnya mengandung dan bersalin pun dia tak tahu.
           
“Abah, mak, Lia nak minta tolong pada mak dan abah” terketar-ketar Kamalia menyusun bicara. wajah Haji Taib yang mula berubah corak menggerunkan dirinya. Bukan dia tidak faham perangai Haji Taib yang tegas bila ada yang tidak kena di pandangan mata.
           
“Apa suami kau yang kaya-raya tu dah tak boleh tolong kau yang sampaikan kau kena datang cari kami? Selama setahun ni ada kau pernah terfikir nak Tanya makan minum kami? Sihat ke tidak? Hidup ke mati? GPS kereta kau baru boleh function ke yang kau tiba-tiba tahu jalan nak pulang ke rumah. Selama ni abah tak pernah minta duit kau untuk hidup. Abah Cuma minta kau tunjukkan sedikit rasa hutang budi pada kami. Keluarnya kau dari rumah ni kami tak pernah menghalau dan datangnya kau ke rumah ini tak pernah kami menjemput. “ suara Haji Taib naik lima oktaf hinggakan bayi di pegangan Hajah Kamariah bergerak. Haji Taib mengurut dadanya yang berombak. Kecewa sungguh hati tuanya mengenang perangai anak tunggalnya itu.
           
Kamalia tunduk memandang pasir di kakinya. Dia sudah mengagak ini akan berlaku. Memang salahnya. Tapi apa pun amarah abahnya itu dia harus terima demi masa depan anak bongsunya. “Lia tahu Lia salah abah. Tapi bagilah Lia ruang dan peluang untuk beri penjelasan. Lia minta ampun dan maaf pada mak dan abah. Lia memang salah. Lia bersalah." 

Friday 1 February 2013

Friday Freedom

Assalamualaikum and bonjour :)

Guess what? today is freaky FRIDAYYYYY and tomorrow is holidayyy..
Wehuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..


Im coming home today after work..
Shalalalalalalalalala...wohoooo..

Im leaving "narnia" right after five...wehuuuuuu
Oh..it feels like having rainbows in my heart..

Bubye Paloh Hinai and hello home sweet home :)

Au Revoir. Bonne Journee.

Thursday 31 January 2013

pavlovalova

Assalamualaikum and bonjour :)

Due to my addiction and obsession on baking..
Last week I tried to bake pavlova..
Jadi aku pun google recipe..tgk kat website Nigella Lawson..I adore her a lot ok..
Dia adalah idol hidupku dalam memasak kek and biskut2 bagai..

First attempt tak berapa la nak menjadi sebab kemalasan guna hand mixer..
But thanks to mak ndak..for gvg me a mini kitchen aids..bole la bake mcm2 pasni..

Ni la rupa choc oreo pavlova..
**ehem..ehem..harus diingat ini adalah cubaan pertama ye..jadi hasil nya tidak lah memberangsangkan**


Nampak menggoda ke tak?? :) :) :)
sedap tau sbb bila makan choc cadburry yang ku letak terus melt dalam mulut like heaven

Till next..I will update the recipe and how to do it :)

Au revoir. Bonne journee


Twist in the story

Assalamualaikum and bonjour :)

Today is Thursday..and tomorrow is Friday..
And after Friday is Saturday...thats mean HOLIDAY...wehuuuuuuuuuu

Tak sabar nak balik jumpa Embot..
Oh berbunganya hati nak jumpa Embot..

I miss my mom, dad, akak, atemal and dik mar..
I miss my bedroom like org gila..
I miss my kitchen aids..

Tolongla cepat masa berlalu..
Tolong..tolong..

Au revoir. Bonne journee.

Wednesday 30 January 2013

Embot

Assalamualaikum and bonjour :)

Another two days to go and pastu dah bole balik umahhh..jumpa Embot..
Recently my baby cat dah tukar nama..from Thunderbolt jadi nama kampung Embot..
Tapi muka dia selamba je when I change his name to Embot..
Kira dia sangat suka la kan..

Mempersembahkan...Embot the cat :)  meowww...meowwww




Embot sebelum dewasa






Me and Embot yang demam :)

Miss you so much Embot..cant wait to see you this Friday..

Au revoir. Bonne journee

Tuesday 29 January 2013

Problemo

Assalamualaikum and bonjour :)

Hihihuhuhahahaha...me again!!!!
Dah kali ke 4 ni entri untuk hari Selasa je...
Apa nak buatkan...dah jari jemari ku ligat nak menulis je..



Oh ini sangat la betul..
Kepada yang sedang dilanda masalah seperti aku ni ha..
Baca and gamkan kata-kata hikmah ni ye..
Tapi janganla pula ingat pada Allah time susah je..
Kan lebih afdal jika ingat pada Allah setiap masa..hidup pun akan jadi lebih damai :)

Au revoir. Bonne journee.

Grrrrrrrrrrrrrrr

Assalamualaikum and bonjour :)

Akibatlah terlampau bosan di ofis ku yang sunyi sesepi alam bagai tiada umat..
Hari ni sahaja dah nak masuk 3 entri daku post..bajet baguslah nak tulis banyak2 satu ari..but well hello..suka suki pinggang lutut I la nak tulis berjuta entri pun..

Hari ni class sepatutnya start pukul 10:45..tapi sebagai seorang pensyarah yang cemerlang, gemilang dan terbilang..
Dengan langkah yang yakin dan mempersonakan..aku telah buka kuda2 aku ke kelas pada jam 10:40 lagi..
Memang awal gila aku masuk class and jangan expect students nak tercangak tunggu lecturer..

11.00 am..masih tiada kelibat seorang umat pun..
Sabar..masih sabar..sabar dan sabar..
tik tok tik tok..
11.30 am..masih tak ade sorang pun...jangan kata orang..bayang pun tak dak..
Memang nak kena benam dalam lumpur la lepas ni students2 ku yang tersayang..

Bonne journee..au revoir.